Search This Blog

Sunday, 8 December 2013

Nota Pendahuluan

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN
1. Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu..

2. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita ialah..

3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat..

4. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronak yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

5. Dalam dunia yang dilingkarI kemajuan sains dan teknologi ini,

6. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan bahawa..

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
1. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

2. Sebagai memperkukuhkan lagi pernyataan berikut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

3. Usaha pasti akan membuahkan hasil jika pelbagai langkah efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara ini.

4. Setelah meniliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan..

5. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalakan secara berterusan agar dapat diselesaikan hingga ke akar umbi.

No comments:

Post a Comment