Search This Blog

Friday 16 August 2013

Lepas SPM- Pesta!

 
Aku dah rancang awal-awal. Lepas SPM je aku nak pergi kelas memasak atau kelas bakeri & pastri dalam tempoh menunggu keputusan SPM keluar. Lagi satu, aku nak pergi kelas memandu jugak. 
                            

 Yelah, sebab aku nak jadi chef. Sekurang-kurangnya aku takde la cetek pengetahuan pasal kulinari ni kan. Aku pun nak kumpul pengalaman so that aku tak terpinga-pinga bila masuk dunia kulinari nanti. Lagipun, umi sendiri suruh pergi kelas memasak.
Tapi apakan daya, nampaknya rancangan aku tak boleh berjalan seperti yang aku nak. Tu la yang orang kata "kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan". Tau tak kenapa. Sebab aku kena pergi PLKN nanti. Aduh!
 

Seperti yang kita tahu, PLKN ni mesti ada aktiviti lasak kan? Aku tak kisah semua tu. Aku memang suka benda-benda lasak ni. Tapi aku kecewa sikit la sebab tak dapat buat apa yang aku rancang. Takpe lah kan. Nak macam mana kan. Nasib baik la aku tak terlalu mengharap nak pergi kelas memasak tu.

Lagipun, aku terfikir nak tukar karier.. Hehe.
 

 Kelas aku rancang nak pergi bercuti bulan Disember lepas periksa SPM dah habis. Belum rancang nak pergi dekat mana lagi. Umi boleh aturkan percutian dekat luar & dalam negara (tengah promosi ni, hehe) dengan kawan dia. Jadi aku nak cadangkan dekat cikgu kelas aku guna khidmat umi. Tak sabar pulak nak nengok diorang bekerjasama. Harap-harap jadi la percutian. Aku pun mengharap tempoh percutian dibuat masa hari jadi aku. Berpesta sakan la nanti kan. 14 Disember, tunggu aku :)













Wednesday 14 August 2013

Lebaran 2013

  Oh ya.. Hari Raya Aidilfitri dah lepas tapi masih ada aura-auranya sebab kita skrg masih di bulan Syawal, hari ketujuh raya. Aku sendiri belum habis beraya dekat rumah sedara terdekat, lagipun masih ada rancangan nak beraya lagi dgn umi dgn kakak aku. Yeah, itulah semangat kita bila beraya kan?

Amacam raya korang tahun ni? Best? Dapat banyak duit raya? Dah minta maaf dekat mak bapak ke belum? Haa.. tiada yang lebih mulia selain  kemaafan. Cewah.. ber-melankolik + sastera lah pulak ek? Dah seronok beraya jangan pulak lupa dekat yang dah takde jugak ya. Tak salah kalau kita hadiahkan Al-Fatihah atau Yasin pada yang tersayang yang dah pergi tinggalkan kita.

Tapi ingat, hari raya bukannya hari raya untuk kita bersedih, berkabung, meraung, melolong, and macam-macam la yang sedih tu. Hari raya tu hari kemenangan Islam yang perlu kita rai dgn ceria. So, bila bertakbir dkt surau atau masjid waktu pagi raya tu tak perlu la dilagukan dgn mendayu-dayu + sayu. Aku pernah tgk tv, ustaz sorang ni kata kita perlu happy & bangga pada hari raya sebab kita berjaya melawan nafsu  & patuh dengan pantang larang masa puasa. Ada logik kan?

Aku ni, asyik nasihat orang aje. Nak jugak cerita pengalaman raya aku tahun ni. Overall, raya kali ni memang best sebab adik-beradik aku ramai berkumpul dekat kampung. Meriah la namanya kan? Dengan anak-anak buah yang hingaq (bising: slanga Utara) tak hengat, bunga api bagai, bunyi ketung-ketang dekat dapur masak rendang, ketupat, nasi himpit, kuah lodeh.. Aduh, kecur pulak air liur bila teringat balik dkt rendang ayam pencen umi. Hehe.
 
Duit raya tahun ni banyak jugak. Lebih banyak daripada tahun lepas yang jumlahnya membuatkan aku menangis pada malam raya ketiga dalam bilik. Ish ish ish.. teruk kan? Nak tau kenapa aku tak dapat banyak duit raya? Korang mungkin akan gelak bila dah tau jawapannya. Sebab dia.. muka aku nampak matured macam orang dah kerja, takpun macam budak U (people always thought that I am such a matured person when they ask bout my age). And then aku pun macam... okay, kuang ajar. Hati pun terus kata, fine! Dapat duit sikit pun lantak la. Raya is not all about duit raya kan. Tapi menangis jugak. Haha. Wajah mungkin nampak tua tapi hati masih muda yang menginginkan duit raya :) Macam budak kecik gituu..

Baru cerita duit raya... To Be Continued