Search This Blog

Tuesday, 10 December 2013

Bakeri? Wow

Bila la aku boleh pergi belajar buat pastry ni ek. Aku dah la suka main tepung ni. Hehe. Aku buat kuih-muih ni pun sebab suka-suka je, bukannya nak makan sangat. Nanti kalau aku buat, korang habiskan ea?
 



Bakery yang paling dekat ada je kat sini. Best pulak aku tengok blog bakery ni. Semakin semangat aku nak belajar. Macam-macam betul dia offer belajar. Klik blog bzee bakery untuk tengok apa yang dia offer. Best kan? Terbukak segala pemikiran aku pasal pastry ni bila tengok jenis-jenis kuih yang dia ada. Nama pastry yang pelik-pelik pun ada (tak ada la pelik sangat, sebenarnya nama Perancis je).


 
 
 
Aku nak kek macam kat bawah ni masa birthday lah.. Hehe. Tu pun kalau mampu bayar untuk tempah. Kalau buat sendiri kan lagi best. Tak payah bayar dekat orang tu. Aduh, tapi masalahnya aku belum ada skill & pengetahuan buat kek :( Sedih kan? Ada jugak perempuan macam aku ni. Takpe la, belajar nanti  tahu jugak.
 
 

Tak sabar aku nak ada dapur sendiri dengan perkakas-perkakas dapur macam mixer, oven, toaster, pembuat aiskrim & macam-macam lagi. "Huh. Bila la nak ada rumah sendiri ni. " Kan senang nak buat sepah kat dapur sendiri. Kalau buat kat dapur mak, kang tak best pulak mak aku tengok. Ngee.. :D
 
 
Ruang dapur idaman aku lebih kurang macam ni la. Bersih, moden, berkilat.. Aku rasa ramai yang suka dapur yang macam ni kan? Bukan senang nak dapat apa yang kita nak. Kena la usaha lebih kalau nak benda yang baik & elok, betul tak?
 
 
 
Kita kena cuba ukur diri sendiri bila buat sesuatu, sama ada kita layak atau tak untuk capai impian kita. Bila rasa ada yang tak kena dengan diri kita, perkara penting sekali yang perlu kita buat, berubah. Yes, change yourself. Then, we'll be a better person for our future.
 
Berbalik pasal impian aku, aku nak belajar buat pastry. Dah expert sikit, aku akan bukak sebuah bakery aku sendiri. Nabi Muhammad SAW (Islam leader) kita kata, sembilan per 10 pintu rezeki kita datang daripada perniagaan. Sebab tu la kita tengok ramai orang yang berpoket atau berdompet berat tu ialah businessman.
 

 

 
 Nak kaya sangat, cuba la berniaga. Mana tau esok-esok 10 keturunan pun tak habis makan dengan duit korang. Pastinya, dalam berniaga kena jujur. Kalau tak, ranap la keturunan kita sebab makan duit haram. Huh. Dosa-dosa.
 
 

Apa-apa pun, semoga berjaya dalam hidup!

Sunday, 8 December 2013

Nota Pendahuluan

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN
1. Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu..

2. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita ialah..

3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat..

4. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronak yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

5. Dalam dunia yang dilingkarI kemajuan sains dan teknologi ini,

6. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan bahawa..

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
1. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

2. Sebagai memperkukuhkan lagi pernyataan berikut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

3. Usaha pasti akan membuahkan hasil jika pelbagai langkah efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara ini.

4. Setelah meniliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan..

5. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalakan secara berterusan agar dapat diselesaikan hingga ke akar umbi.

Saturday, 7 December 2013

Persiapan Ke PLKN



Seperti dijangka. Aku dapat pergi PLKN. Suka aku. Weehee! Oh. Sebenarnya aku gadis lasak. Aku rimas dengan benda-benda yang terlalu feminin, atau menjadi seseorang yang sangat feminin. Tidak tidak. Tu bukan gaya aku. Bukanlah sampai jalan terbungkang bagai. Tapi personaliti aku tak akan ngam. Ciri perempuan perlu kekal. Masih ada batas kan?

OK berbalik pada PLKN. Aku dah check, aku mungkin ditempatkan sama ada dalam Kumpulan 2 atau Kumpulan 3. Aku ingatkan Kumpulan 1. Cepat sikit selesai. Letih le nunggu.

Aku dh survey blog-blog pasal keperluan ke PLKN. Macam blog sorang mamat ni.. Klik blog Qi Diey untuk tengok blog dia. Aku dah survey blog ni jgk.  Banyak info aku dapat. Klik blog Riang PLKN.

Barang-barang persiapan, pendaftaran, pengisian borang... Macam-macam kena buat. Hari tu, aku tengok berita, katanya pelatih perempuan kena buat ujian kehamilan.  Ni mesti sebab dah ada kes wirawati yang pregnant kan? Heih, macam-macam la. Sabor je la aku ni ha.

Sekarang, aku sebenarnya tengah menganggur. Huhu. Tak pasti nak cari pengalaman bekerja atau tak, sebab aku belum ready untuk kerja. Apalah aku ni kan. Ya. betul tu. Aku kerja duduk rumah la, buat apa yang patut. Bangun, mandi, tengok TV, kalau ada masa: masak, pastu kemas rumah. Bosan kan. Itu je rutin harian aku sejak tarikh kemerdekaan aku, 27 November 2013. Hehehe.. rasa bangga pulak.

Tunku Abdul Rahman: MERDEKA! 



 Rasanya, aku perlu berhenti sekarang. Belum solat zuhur lagi! Kang syok sangat menaip, berjela-jela sangat nanti korang bosan pulak kan? Hehehe..

Pesan: Jangan tinggal solat tau :)