Search This Blog

Tuesday, 10 December 2013

Bakeri? Wow

Bila la aku boleh pergi belajar buat pastry ni ek. Aku dah la suka main tepung ni. Hehe. Aku buat kuih-muih ni pun sebab suka-suka je, bukannya nak makan sangat. Nanti kalau aku buat, korang habiskan ea?
 



Bakery yang paling dekat ada je kat sini. Best pulak aku tengok blog bakery ni. Semakin semangat aku nak belajar. Macam-macam betul dia offer belajar. Klik blog bzee bakery untuk tengok apa yang dia offer. Best kan? Terbukak segala pemikiran aku pasal pastry ni bila tengok jenis-jenis kuih yang dia ada. Nama pastry yang pelik-pelik pun ada (tak ada la pelik sangat, sebenarnya nama Perancis je).


 
 
 
Aku nak kek macam kat bawah ni masa birthday lah.. Hehe. Tu pun kalau mampu bayar untuk tempah. Kalau buat sendiri kan lagi best. Tak payah bayar dekat orang tu. Aduh, tapi masalahnya aku belum ada skill & pengetahuan buat kek :( Sedih kan? Ada jugak perempuan macam aku ni. Takpe la, belajar nanti  tahu jugak.
 
 

Tak sabar aku nak ada dapur sendiri dengan perkakas-perkakas dapur macam mixer, oven, toaster, pembuat aiskrim & macam-macam lagi. "Huh. Bila la nak ada rumah sendiri ni. " Kan senang nak buat sepah kat dapur sendiri. Kalau buat kat dapur mak, kang tak best pulak mak aku tengok. Ngee.. :D
 
 
Ruang dapur idaman aku lebih kurang macam ni la. Bersih, moden, berkilat.. Aku rasa ramai yang suka dapur yang macam ni kan? Bukan senang nak dapat apa yang kita nak. Kena la usaha lebih kalau nak benda yang baik & elok, betul tak?
 
 
 
Kita kena cuba ukur diri sendiri bila buat sesuatu, sama ada kita layak atau tak untuk capai impian kita. Bila rasa ada yang tak kena dengan diri kita, perkara penting sekali yang perlu kita buat, berubah. Yes, change yourself. Then, we'll be a better person for our future.
 
Berbalik pasal impian aku, aku nak belajar buat pastry. Dah expert sikit, aku akan bukak sebuah bakery aku sendiri. Nabi Muhammad SAW (Islam leader) kita kata, sembilan per 10 pintu rezeki kita datang daripada perniagaan. Sebab tu la kita tengok ramai orang yang berpoket atau berdompet berat tu ialah businessman.
 

 

 
 Nak kaya sangat, cuba la berniaga. Mana tau esok-esok 10 keturunan pun tak habis makan dengan duit korang. Pastinya, dalam berniaga kena jujur. Kalau tak, ranap la keturunan kita sebab makan duit haram. Huh. Dosa-dosa.
 
 

Apa-apa pun, semoga berjaya dalam hidup!

Sunday, 8 December 2013

Nota Pendahuluan

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN
1. Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu..

2. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita ialah..

3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat..

4. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronak yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

5. Dalam dunia yang dilingkarI kemajuan sains dan teknologi ini,

6. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan bahawa..

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
1. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

2. Sebagai memperkukuhkan lagi pernyataan berikut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

3. Usaha pasti akan membuahkan hasil jika pelbagai langkah efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara ini.

4. Setelah meniliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan..

5. Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalakan secara berterusan agar dapat diselesaikan hingga ke akar umbi.

Saturday, 7 December 2013

Persiapan Ke PLKN



Seperti dijangka. Aku dapat pergi PLKN. Suka aku. Weehee! Oh. Sebenarnya aku gadis lasak. Aku rimas dengan benda-benda yang terlalu feminin, atau menjadi seseorang yang sangat feminin. Tidak tidak. Tu bukan gaya aku. Bukanlah sampai jalan terbungkang bagai. Tapi personaliti aku tak akan ngam. Ciri perempuan perlu kekal. Masih ada batas kan?

OK berbalik pada PLKN. Aku dah check, aku mungkin ditempatkan sama ada dalam Kumpulan 2 atau Kumpulan 3. Aku ingatkan Kumpulan 1. Cepat sikit selesai. Letih le nunggu.

Aku dh survey blog-blog pasal keperluan ke PLKN. Macam blog sorang mamat ni.. Klik blog Qi Diey untuk tengok blog dia. Aku dah survey blog ni jgk.  Banyak info aku dapat. Klik blog Riang PLKN.

Barang-barang persiapan, pendaftaran, pengisian borang... Macam-macam kena buat. Hari tu, aku tengok berita, katanya pelatih perempuan kena buat ujian kehamilan.  Ni mesti sebab dah ada kes wirawati yang pregnant kan? Heih, macam-macam la. Sabor je la aku ni ha.

Sekarang, aku sebenarnya tengah menganggur. Huhu. Tak pasti nak cari pengalaman bekerja atau tak, sebab aku belum ready untuk kerja. Apalah aku ni kan. Ya. betul tu. Aku kerja duduk rumah la, buat apa yang patut. Bangun, mandi, tengok TV, kalau ada masa: masak, pastu kemas rumah. Bosan kan. Itu je rutin harian aku sejak tarikh kemerdekaan aku, 27 November 2013. Hehehe.. rasa bangga pulak.

Tunku Abdul Rahman: MERDEKA! 



 Rasanya, aku perlu berhenti sekarang. Belum solat zuhur lagi! Kang syok sangat menaip, berjela-jela sangat nanti korang bosan pulak kan? Hehehe..

Pesan: Jangan tinggal solat tau :)


Friday, 16 August 2013

Lepas SPM- Pesta!

 
Aku dah rancang awal-awal. Lepas SPM je aku nak pergi kelas memasak atau kelas bakeri & pastri dalam tempoh menunggu keputusan SPM keluar. Lagi satu, aku nak pergi kelas memandu jugak. 
                            

 Yelah, sebab aku nak jadi chef. Sekurang-kurangnya aku takde la cetek pengetahuan pasal kulinari ni kan. Aku pun nak kumpul pengalaman so that aku tak terpinga-pinga bila masuk dunia kulinari nanti. Lagipun, umi sendiri suruh pergi kelas memasak.
Tapi apakan daya, nampaknya rancangan aku tak boleh berjalan seperti yang aku nak. Tu la yang orang kata "kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan". Tau tak kenapa. Sebab aku kena pergi PLKN nanti. Aduh!
 

Seperti yang kita tahu, PLKN ni mesti ada aktiviti lasak kan? Aku tak kisah semua tu. Aku memang suka benda-benda lasak ni. Tapi aku kecewa sikit la sebab tak dapat buat apa yang aku rancang. Takpe lah kan. Nak macam mana kan. Nasib baik la aku tak terlalu mengharap nak pergi kelas memasak tu.

Lagipun, aku terfikir nak tukar karier.. Hehe.
 

 Kelas aku rancang nak pergi bercuti bulan Disember lepas periksa SPM dah habis. Belum rancang nak pergi dekat mana lagi. Umi boleh aturkan percutian dekat luar & dalam negara (tengah promosi ni, hehe) dengan kawan dia. Jadi aku nak cadangkan dekat cikgu kelas aku guna khidmat umi. Tak sabar pulak nak nengok diorang bekerjasama. Harap-harap jadi la percutian. Aku pun mengharap tempoh percutian dibuat masa hari jadi aku. Berpesta sakan la nanti kan. 14 Disember, tunggu aku :)













Wednesday, 14 August 2013

Lebaran 2013

  Oh ya.. Hari Raya Aidilfitri dah lepas tapi masih ada aura-auranya sebab kita skrg masih di bulan Syawal, hari ketujuh raya. Aku sendiri belum habis beraya dekat rumah sedara terdekat, lagipun masih ada rancangan nak beraya lagi dgn umi dgn kakak aku. Yeah, itulah semangat kita bila beraya kan?

Amacam raya korang tahun ni? Best? Dapat banyak duit raya? Dah minta maaf dekat mak bapak ke belum? Haa.. tiada yang lebih mulia selain  kemaafan. Cewah.. ber-melankolik + sastera lah pulak ek? Dah seronok beraya jangan pulak lupa dekat yang dah takde jugak ya. Tak salah kalau kita hadiahkan Al-Fatihah atau Yasin pada yang tersayang yang dah pergi tinggalkan kita.

Tapi ingat, hari raya bukannya hari raya untuk kita bersedih, berkabung, meraung, melolong, and macam-macam la yang sedih tu. Hari raya tu hari kemenangan Islam yang perlu kita rai dgn ceria. So, bila bertakbir dkt surau atau masjid waktu pagi raya tu tak perlu la dilagukan dgn mendayu-dayu + sayu. Aku pernah tgk tv, ustaz sorang ni kata kita perlu happy & bangga pada hari raya sebab kita berjaya melawan nafsu  & patuh dengan pantang larang masa puasa. Ada logik kan?

Aku ni, asyik nasihat orang aje. Nak jugak cerita pengalaman raya aku tahun ni. Overall, raya kali ni memang best sebab adik-beradik aku ramai berkumpul dekat kampung. Meriah la namanya kan? Dengan anak-anak buah yang hingaq (bising: slanga Utara) tak hengat, bunga api bagai, bunyi ketung-ketang dekat dapur masak rendang, ketupat, nasi himpit, kuah lodeh.. Aduh, kecur pulak air liur bila teringat balik dkt rendang ayam pencen umi. Hehe.
 
Duit raya tahun ni banyak jugak. Lebih banyak daripada tahun lepas yang jumlahnya membuatkan aku menangis pada malam raya ketiga dalam bilik. Ish ish ish.. teruk kan? Nak tau kenapa aku tak dapat banyak duit raya? Korang mungkin akan gelak bila dah tau jawapannya. Sebab dia.. muka aku nampak matured macam orang dah kerja, takpun macam budak U (people always thought that I am such a matured person when they ask bout my age). And then aku pun macam... okay, kuang ajar. Hati pun terus kata, fine! Dapat duit sikit pun lantak la. Raya is not all about duit raya kan. Tapi menangis jugak. Haha. Wajah mungkin nampak tua tapi hati masih muda yang menginginkan duit raya :) Macam budak kecik gituu..

Baru cerita duit raya... To Be Continued

Thursday, 6 June 2013

Sewaktu Bercuti

Skrg ni cuti sekolah. tapi hri ni ada kelas tmbahan kimia dkt sekolah. Aduh.. tak ada la liat sgt nk bgun sbb yelah, semua org Islam perlu bngun pagi-pagi utk solat. Aku tak kisah kena bgun awal.

Masalahnya, lepas tu aku mengantuk sangat. Pedih je mata ni menahan. Aku harap aku takde la tertidur pulak mase Cikgu Nik mengajar nanti. Tapi kalau nak tidur pun aku tak berani sbb Cikgu Nik tu garang. Sekali dia 'ngap' kau silap-silap tidur kt rumah pun kau tak berani. Huhu.. Kena la byk doa supaya tak mengantuk nanti.

Skrg masih dkt pejabat mak, pukul 8 nanti aku gerak jalan kaki pergi sekolah. takpela jalan kaki jauh sikit. Cuti-cui ni aku makin gemuk. Aku kena la buat senaman sikit. Betul tak?


Sebelum ni aku dah byk kali niat nak jogging keliling apartmen tapi entah, takde kwn x seronok jgk. Lepas tu skrg ni kerap hujan waktu petang. Kalu nk bersenam waktu pagi, huhh.. jgn harap la aku senang je nak bngun. Tido je keje.



Buat ulangkaji pun dua tiga kali aje. Ape la nk jadi kan aku ni.. Janganlah contohi aku ye.. Gaya hidup mcm ni ialah org yang tak boleh berjaya sbenarnya... Bila lagi aku nak insaf ni. Dah la nk SPM. Doa-doa la aku dpt hidayah.



Nak tahu tak kerja yang sering aku buat waktu cuti ni? Ahaa.. tak lain tak bukan ialah tengok tv, main laptop dan tidur. Aku rase ni bknlah tabiat aku sorang je. Mesti antara korang pun ada tabiat mcm ni kan.



Saluran tv yang aku selalu tekan kat Astro tu semestinya 701, 702, 703, dengan 610, masing-masing Diva Universal, AFC dengan TVIQ. Alah.. cerita yang aku selalu tengok sebenarnya Oh My English Musim Ke-2 yang tengah meletup dekat Malaysia ni. Tak pun aku tgk The Voice, CSI Miami atau CSI New York. Dan program kegemaran aku ialah Bake with Anna Olson dkt TLC tu.

Ha.. Kalu dh bosan dgn tv, aku beralih pulak dgn laptop. Aku selalu tgk movie yang ada dlm laptop. Selalunya tgk Upin & Ipin jgk. Huhuhu.. Dh bosan kan. Nak buat mcm mane. Kalu tak tgk tv, main game (semestinya). tak sah kalu bukak laptop tak main game.  Kan? Hehe..








Bila dh bosan dengan laptop pulak. Apa lagi. Yang aku jumpa ialah bantal, selimut dan yang paling sedap dipandang ialah katil. Aku pun ape tunggu lagi. Tidur la! Haha..