Search This Blog

Friday, 3 January 2014

Masa Untuk Trifle!

Setelah buat pantauan dalam internet, web itu, blog ini, aku dapati memang banyak jenis trifle yang membuatkan aku kempunan dan meleleh! (eh tak2, saja nak dramatik sikit..) setakat aku dah mencuba Cocktail Trifle. Sedap gila aku cakap kau. Kakak aku yang ajarkan, lepas dia cuba buat. rujuk dekat internet aje, Bukan susah.

 Princes Ultimate Fruit Cocktail Trifle
Lebih kurang macam ni la rupanya..
 

 

 Lepas ni, aku nak buat Oreo Cheesecake Trifle pulak. Macam sedap je orang ni buat. Tengok ni.. Kecur air liur dah ni..
Gambar yang sebelah kiri ni adalah saiz shot glass yang lebih kecil & 'portable', bagi aku la, sebab ringan nak bawa ke hulu hilir rumah pasal ringan... Sesuai dibuat untuk majlis keraian yang perlu bergerak banyak sana sini..
 

Gambar sebelah kanan ni plak bersaiz individual servings. Puas kalau melantak sorang-sorang. Lebih elok tak makan ape-ape dah lepas tibai trifle sebab aku tengok trifle ni memuakkan kalau kau orang habiskan banyak macam ni.
Bila sampai masa kau orang nak buat parti, boleh la buat saiz large bowl baru puas nak menyodok ke mulut. Pandai-pandai la rebut.. Macam blogger sorang ni, dia buat la saiz gitu. Geram aku tengok mangkuk hayun ni.
 
 

 
 
Eei tak sabar pula nak buat trifle ni. Dah siap nanti harap boleh la makan banyak sikit.. (Alhamdulillah masih kurus boleh melantak sikit) Hehehe..
 


No comments:

Post a Comment