Aku dah rancang awal-awal. Lepas SPM je aku nak pergi kelas memasak atau kelas bakeri & pastri dalam tempoh menunggu keputusan SPM keluar. Lagi satu, aku nak pergi kelas memandu jugak.
Yelah, sebab aku nak jadi chef. Sekurang-kurangnya aku takde la cetek pengetahuan pasal kulinari ni kan. Aku pun nak kumpul pengalaman so that aku tak terpinga-pinga bila masuk dunia kulinari nanti. Lagipun, umi sendiri suruh pergi kelas memasak.
Tapi apakan daya, nampaknya rancangan aku tak boleh berjalan seperti yang aku nak. Tu la yang orang kata "kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan". Tau tak kenapa. Sebab aku kena pergi PLKN nanti. Aduh!
Seperti yang kita tahu, PLKN ni mesti ada aktiviti lasak kan? Aku tak kisah semua tu. Aku memang suka benda-benda lasak ni. Tapi aku kecewa sikit la sebab tak dapat buat apa yang aku rancang. Takpe lah kan. Nak macam mana kan. Nasib baik la aku tak terlalu mengharap nak pergi kelas memasak tu.
Lagipun, aku terfikir nak tukar karier.. Hehe.
Kelas aku rancang nak pergi bercuti bulan Disember lepas periksa SPM dah habis. Belum rancang nak pergi dekat mana lagi. Umi boleh aturkan percutian dekat luar & dalam negara (tengah promosi ni, hehe) dengan kawan dia. Jadi aku nak cadangkan dekat cikgu kelas aku guna khidmat umi. Tak sabar pulak nak nengok diorang bekerjasama. Harap-harap jadi la percutian. Aku pun mengharap tempoh percutian dibuat masa hari jadi aku. Berpesta sakan la nanti kan. 14 Disember, tunggu aku :)